tipspetuacara berkesan melatih anak supaya berjalan seawal usia 10 bulan - Tahukah anda, setiap anak memiliki perkembangan yang berbeza-beza termasuklah kemampuan untuk mereka berjalan. Tapi secara umumnya, setiap anak sudah boleh mula berjalan seawal usia 8 hingga 10 bulan.
Punca anak lambat berjalan serta berdiri
Ketika bayi berumur 8 hingga 10 bulan, mereka seharusnya boleh berdiri serta melangkah secara perlahan (1 atau 2 langkah) dengan sendirinya tanpa bantuan. Ada ketikanya mereka akan terjatuh ketika berdiri mahupun ketika hendak melangkah. Ianya adalah normal bagi kanak-kanak seusia itu.
Namun begitu, ramai ibu bapa bimbang
anak masih belum boleh berjalan walaupun telah berumur setahun. Sebenarnya, hal ini juga merupakan satu perkara yang bisa terjadi.
Menurut doktor, anak yang lambat berjalan mungkin mengalami kekurangan nutrisi penting seperti kalsium, jarang dilatih berjalan, terdapat gangguan tertentu pada anggota tubuhnya atau disebabkan perasaan takut serta merasa sakit ketika mereka terjatuh.
Oleh itu, pastikan anak anda mendapat nutrisi penting yang diperlukan secukupnya. Rajinkan diri untuk
melatih anak anda berjalan serta bergerak kerana secara tidak langsung, ia akan mempertingkatkan kemahiran motor skillnya. Paling utama, pastikan kawasan persekitaran selamat dan pantau anak anda bagi mengelakkan trauma pada anak itu sendiri
tipspetuacara berkesan melatih anak supaya berjalan seawal usia 10 bulan
Memastikan rumah selamat supaya dapat mencegah anak cedera dan jauhkan daripada objek yang membahayakan
Jika anak sudah belajar merangkak, bantu dia melangkah dan pimpin tangannya hingga dia mampu untuk berdiri betul tanpa jatuh.
Meskipun anak sudah mula berdiri tanpa bantuan, namun dia tetap memerlukan sokongan untuk kembali duduk. Dia mungkin menangis jika tak tahu cara yang betul untuk duduk.
Untuk memudahkan anak bergerak sendiri, pastikan ada perabot berdekatan seperti kerusi dan meja agar mudah bagi anak untuk berpaut dan memegang.
Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi.
Biarkan dia berjalan ke arah anda dan anda boleh lepaskan pegangan tangan secara perlahan-lahan tanpa bantuan anda lagi.
Sentiasa berada berdekatan dengan si kecil kerana dia mungkin berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas lebih yakin, dia mungkin berjalan lebih banyak untuk langkah seterusnya.
Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan. Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau berumput. Juga kerap berjalan berkaki ayam membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.
Aktiviti permainan “tolak dan tarik” adalah sangat baik untuk ajar anak berjalan. Sedikit sebanyak ia dapat galakkan koordinasi mata dan keseimbangan tubuh.
Bagaimana pun, jangan memaksa anak kecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.
Kaedah tambahan agar anak cepat berjalan
Cuba ajak anak berjalan bersama tapi anda jangan bergerak terlalu laju agar dia tidak jatuh. Mulakan aktiviti ini di laman rumah mahupun kawasan taman permainan.
Cara melatih bayi berjalan juga adalah mengajak anak berenang ketika di usia enam bulan malah ia bantu menguatkan otot-otot tubuh, meningkatkan imun tubuh dan pertumbuhan saraf motor anak. Sebaiknya anda pilih tempat renang yang ada tenaga profesional.
Ketika dia mulai masuk enam bulan, sebaiknya ibu jangan terlalu sering mendukungnya kerana ia punca otot anak kurang terlatih untuk berjalan. Tapi anda boleh biarkan dia bermain di lantai dan bebas bereksplorasi. Tapi awas, jauhkan dari sebarang objek tajam. Juga pastikan lantai bersih dan tidak licin.
Siapa kata susah untuk
mengajar anak berjalan cepat ? Berpandukan panduan serta kaedah yang betul, tidak mustahil untuk anak anda mampu berdiri dan berjalan seawal usia 10 bulan. Ianya berbalik kepada peranan ibu bapa serta keluarga itu sendiri.
Info lanjut boleh kunjungi website ini
theasianparent | cara-melatih-bayi-berjalan